Friday 27 January 2012

Renungan Artikel 1

       Pada pendapat saya, lelaki itu sudah pasti tidak akan berputus asa semasa dalam kesusahan. Dia amat bertuah kerana masih hidup walaupun dia tersesat jalan setelah terpisah daripada kumpulannya apabila tergelincir di Gunung Rainier, Washington. Dia dapat hidup dengan mengorek terowong salji dan membakar wang kertas supaya kekal hangat. Kemungkinan besar, inilah apa yang dia pelajari ketika bertugas sebagai askar. Saya tidak pernah terfikir bahawa wang kertas dapat menyelamatkan nyawanya. Tanpa wang kertas tersebut, sudah pasti dia tidak akan dapat hidup semasa dia sesat.
        Pada pendapat saya, tuklikan 'Duit bukan segala-galanya' bermaksud bahawa duit tidak boleh membeli kita nyawa tetapi duit boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa.

No comments:

Post a Comment