Monday 27 January 2014

Soalan Dari Artikel 'Memburu Kejayaan

1. Apakah factor-factor yang menggalakkan Cik Rahmah untuk mula bekerja walaupun masih bersekolah?

2. Siapakah yang dapat melihat potensi Cik Rahmah menjadi salah seorang pengurus?

3. Bilakah Cik Rahmah mulakan bekerja di McDonald?

4. Di cawangan McDonald manakah Cik Rahmah mulakan kerja sambilannya?

5. Bagaimanakah Cik Rahmah melayan pekerjanya?

Sunday 4 March 2012

Karangan Peribahasa

    Hari mengambil keputusan PSLE sudah tiba. Berat kakiku melangkah masuk ke sekolah. Walaupun aku telah mengulangkaji pelajaran, aku tidak begitu yakin yang aku akan mendapat markah tinggi. Aku semakin gelisah. Tidak lama kemudian, giliran aku pula untuk mengambil keputusan PSLE. Aku amat terperanjat akan keputusan yang aku telah mencapai. Aku seperti tidak mempercayai apa yang aku telah lihat. Perkara yang paling memeranjatkan aku ialah aku telah mencapai gred A* untuk bahasa melayuku. Selama ini, aku tidak pernah sekali pun mencapai gred A* untuk apa-apa subjek. Aku amat bersyukur akan pencapaianku. Aku teringat lagi cara aku mendapat keputusan aku ini.

    Pada mulanya, aku tidak begitu kisah apa aku mencapai untuk keputusan PSLE. Aku tidak rasa keputusan tersebut penting dalam hidupku. Namun, apabila aku mendapat tahu keputusan aku untuk peperiksaan prelim, aku sungguh kecewa. Aku hampir gagal dua subjek, iaitu matematik dan sains Aku menyesal tidak mengulangkaji pelajaran. Aku segan memberi kertas peperisaanku ke bapaku supaya dia dapat menandatangi kertas tersebut. Aku mula takut bahawa aku akan gagal dalam peperiksaan PSLE.Aku berjanji pada diriku bahawa aku akan mencapai gred yang lebih baik daripada ini untuk peperiksaan yang akan datang.
    
     Sejak hari itu, aku mula mengulangkaji pelajaranku. Aku mula menumpu lebih perhatian terhadap cikgu. Aku mula mendengar nasihat untuk mencapai gred A*. Aku  juga mula membuat latihan Sains dan matematik. Aku tahu kudua-dua subjek itu sahaja yang boleh membantu aku mendapat markah yang lebih tinggi. Untuk lisan, aku hanya berlatih pembacaanku. Pada masa lapang, aku membaca buku cerita, surat khabar dan sebagainya. 
    Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila kawanku, Hakim, terlanggarku. Aku tidak sabar memberitahu ibubapaku tentang pencapaianku. Aku amat berterima kasih terhadap cikgu-cikgu yang mengajarku. Bak kata pepatah "Belakang parang pun jikalau diasahnescaya tajam".

Wednesday 15 February 2012

Renungan Artikel Akhbar

1. Isi utama dalam petikan ini ialah kes mencuri basikal yang semakin meningkat. Kecurian basikal ini sering berlaku di kawasan perumahan awam, laluan pejalan kaki dan stesen MRT.


2. Penunggang - penunggang basikal yang perlu memberikan perhatian terhadap artikel ini.


3. Kes ini bertambah teruk sejak tahun lalu, iaitu tahun 2011. Sebanyak 1,137 basikal dilaporkan lesap tahun        
    lalu berbanding dengan 719 pada tahun 2010.


4. Basikal yang dicuri akan dijual semula di Sungei Road, bazar di City Plaza atau lokasi sementara di estet perusahaan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.


5. Orang ramai dinasihati supaya menyimpan basikal mereka di rumah apabila tidak digunakan. Pemilik juga dinasihatkan supaya mengunci basikal mereka di tempat khas, seperti rak-rak basikal. Peralatan basikal yang boleh ditanggal juga harus dikunci.


6. Pada pendapat saya, kes kecurian basikal ini semakin bertambah kerana pemilik basikal tidak   
    berhati-hati apabila meletak basikal mereka di tempat awam. Saya juga rasa mereka tidak 
    mahu megambil tahu tentang kes-kes ini.

Friday 27 January 2012

Renungan Artikel 1

       Pada pendapat saya, lelaki itu sudah pasti tidak akan berputus asa semasa dalam kesusahan. Dia amat bertuah kerana masih hidup walaupun dia tersesat jalan setelah terpisah daripada kumpulannya apabila tergelincir di Gunung Rainier, Washington. Dia dapat hidup dengan mengorek terowong salji dan membakar wang kertas supaya kekal hangat. Kemungkinan besar, inilah apa yang dia pelajari ketika bertugas sebagai askar. Saya tidak pernah terfikir bahawa wang kertas dapat menyelamatkan nyawanya. Tanpa wang kertas tersebut, sudah pasti dia tidak akan dapat hidup semasa dia sesat.
        Pada pendapat saya, tuklikan 'Duit bukan segala-galanya' bermaksud bahawa duit tidak boleh membeli kita nyawa tetapi duit boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa.

Wednesday 18 January 2012

Biodata saya : Nama: Ruzaini Bin Abdul Rahman
                      Sekolah : Sekolah Menengah Compassvale ( Sekolah Rendah North Spring )
                      Kelas : 1G
                      Hari Lahir : 16 Februari 1999
                      Perwatakan : Mengulangkaji pelajaran di rumah, sering membantu orang dan juga baik hati
                      Kegemaran : Membaca buku, bermain badminton bersama adik pada cuti sekolah