Wednesday 15 February 2012

Renungan Artikel Akhbar

1. Isi utama dalam petikan ini ialah kes mencuri basikal yang semakin meningkat. Kecurian basikal ini sering berlaku di kawasan perumahan awam, laluan pejalan kaki dan stesen MRT.


2. Penunggang - penunggang basikal yang perlu memberikan perhatian terhadap artikel ini.


3. Kes ini bertambah teruk sejak tahun lalu, iaitu tahun 2011. Sebanyak 1,137 basikal dilaporkan lesap tahun        
    lalu berbanding dengan 719 pada tahun 2010.


4. Basikal yang dicuri akan dijual semula di Sungei Road, bazar di City Plaza atau lokasi sementara di estet perusahaan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.


5. Orang ramai dinasihati supaya menyimpan basikal mereka di rumah apabila tidak digunakan. Pemilik juga dinasihatkan supaya mengunci basikal mereka di tempat khas, seperti rak-rak basikal. Peralatan basikal yang boleh ditanggal juga harus dikunci.


6. Pada pendapat saya, kes kecurian basikal ini semakin bertambah kerana pemilik basikal tidak   
    berhati-hati apabila meletak basikal mereka di tempat awam. Saya juga rasa mereka tidak 
    mahu megambil tahu tentang kes-kes ini.

No comments:

Post a Comment