Sunday 4 March 2012

Karangan Peribahasa

    Hari mengambil keputusan PSLE sudah tiba. Berat kakiku melangkah masuk ke sekolah. Walaupun aku telah mengulangkaji pelajaran, aku tidak begitu yakin yang aku akan mendapat markah tinggi. Aku semakin gelisah. Tidak lama kemudian, giliran aku pula untuk mengambil keputusan PSLE. Aku amat terperanjat akan keputusan yang aku telah mencapai. Aku seperti tidak mempercayai apa yang aku telah lihat. Perkara yang paling memeranjatkan aku ialah aku telah mencapai gred A* untuk bahasa melayuku. Selama ini, aku tidak pernah sekali pun mencapai gred A* untuk apa-apa subjek. Aku amat bersyukur akan pencapaianku. Aku teringat lagi cara aku mendapat keputusan aku ini.

    Pada mulanya, aku tidak begitu kisah apa aku mencapai untuk keputusan PSLE. Aku tidak rasa keputusan tersebut penting dalam hidupku. Namun, apabila aku mendapat tahu keputusan aku untuk peperiksaan prelim, aku sungguh kecewa. Aku hampir gagal dua subjek, iaitu matematik dan sains Aku menyesal tidak mengulangkaji pelajaran. Aku segan memberi kertas peperisaanku ke bapaku supaya dia dapat menandatangi kertas tersebut. Aku mula takut bahawa aku akan gagal dalam peperiksaan PSLE.Aku berjanji pada diriku bahawa aku akan mencapai gred yang lebih baik daripada ini untuk peperiksaan yang akan datang.
    
     Sejak hari itu, aku mula mengulangkaji pelajaranku. Aku mula menumpu lebih perhatian terhadap cikgu. Aku mula mendengar nasihat untuk mencapai gred A*. Aku  juga mula membuat latihan Sains dan matematik. Aku tahu kudua-dua subjek itu sahaja yang boleh membantu aku mendapat markah yang lebih tinggi. Untuk lisan, aku hanya berlatih pembacaanku. Pada masa lapang, aku membaca buku cerita, surat khabar dan sebagainya. 
    Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila kawanku, Hakim, terlanggarku. Aku tidak sabar memberitahu ibubapaku tentang pencapaianku. Aku amat berterima kasih terhadap cikgu-cikgu yang mengajarku. Bak kata pepatah "Belakang parang pun jikalau diasahnescaya tajam".

No comments:

Post a Comment